Thursday, 15 November 2012

Teringin Nak Ada Anak!!! :'(

Salam Jumaat,

Hari ni nak kongsikan pengalaman sambil nak meluahkan perasaan sambil nak membuat aduan.

Tarikh nikah : 23Jun2012 (Dalam pukul 11.30pagi) 
Masa tu bila dengar husband lafaz "Aku terima nikah dengan mas kahwinnya Tiga Ratus Ringgit Malaysia  TUNAI"... Terasa sebak sgt. mcm2 perasaan bercampur baur time tu. hehehee  ... time org2 masjid tu kata sah sah sah, aku pun mengada2 mengalirkan air mata. nape ntah aku pun tak tahu..

pastu kawen, kawen, kawen, sebulan pas kawen tu ade spotting sikit. time tu hati dah berdebar , ni mesti pegnen ni. cek doktor, pastu doktor suspek pegnen daripada spotting tu. so doktor bagi bende alah ni : 

FOLIC ACID

Doktor bagi stock untuk sebulan. habis je aku terus beli yang baru. time tu ,, baru aku sedar, makk aihhh berat badan meningkat!! so tetibe miss P pulak datang. so,, punah la harapan nak ade baby. entah ape bende yg spotting tu pun aku tak tahu, bila pikir2 seram jugak klu darah tetiba kuar. time tu risau klu rahim bermasalah

Seterusnya, bulan berikutnya, miss P jadi tak teratur. mybe sbb badan dah memberat sgt2. bygkan, baru beberapa bulan kawen berat badan naik 5kg. mmg patut aku menangis!! nak turunkan plak mmg payah giler! mcm ne nak dpt baby cmni :(

pastu beberapa hari nak raya, aku ditimpa bleeding lagi. BUKAN period okay. yg ni lagi teruk sikit. Bila bersama dengan hb, esok paginya atau time tu jugakla ada bleeding. hati dah terus tak sedap sgt2!!! time tu mmg dh menangis sbb takot aku berpenyakit. 

klu darah tu kuar time bersama, aku takde rasa sakit. even sakit perut atau sakit kat V pun takde. tp klu bleeding time keesokkan paginya, before bleeding, mesti perut tetiba rasa senggugut, tak lama tu , mesti darah kuar. ni bukan Period tau. ni darah ape bende pun aku tak tahu..


masalah berlarutan sampai la raya. dlm raya kelima camtu jenuh mencari klinik tapi malangnya klinik tutup. hati memberontak. nanges je time tu. aku nanges sbb aku takot aku ni berpenyakit. emmm :( 

puas mencari klinik kat Banting tu, last2 aku jumpa satu klinik . bantai je la g klinik tu.. doktor tanye ape masalah aku, aku luahkan je semuanya. pastu doktor tu kata aku ni KEGUGURAN lah pulak. time tu rasa sedih sgt2 :(

mana tak sedih, hb hari2 kata kat aku yg dia nak baby, nak baby...... semenjak dari tu, hb dh kurang ckp yg dia nk baby. (nk jaga perasaan wife lettew)

pastu start dari tu aku terus desperate n kemaruk sgt nak baby. tp sampai sekarang belum ada rezeki. aku tetap terus berdoa dgn doa nabi zakaria : "YA ALLAH, KAU KURNIAKANLAH KEPADAKU DARI SISI MU KETURUNAN&ZURIAT YG SOLEH & SOLEHAH, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENERIMA SEGALA PERMOHONAN" Amiinnn.. 

pastu aku google lagi cara nak tingkatkan kesuburan, aku google2 dapat la info pasal EPO. Aku terus makan EPO tu smpai skrg. sebenarnya, masa belum kawen, period aku tak regular, pastu aku makan EPO, bila period dh ok, aku terus tinggalkan EPO tu. tgk skrg , dah menyesal. hihiiii

nak tanya lah kat korang, penah tak alami perkara yg sama aku alami? blh tak share dgn aku, cmne nak dpt baby segera ni? hari2 dlm kepala otak setiap masa asek teringatkan nak ada anak je.... tolonglaaaaaaaa :(

Monday, 12 November 2012

Dadih untuk Deepavali

esok deepavali kan.. so aku tak tahu sgt nak bg buah tgn ape kat nenek n atok suami aku tu. sedia maklum, nenek n atok suami aku tu memasing org India dan beragama Hindu. Aku sbg cucu menantu kene join la jugak sambut deepavali ni.

syok tau bila dlm 1 family tu ada pelbagai kaum n budaya. mcm mak aku tu dia orang jowo. heee jawa la.. aku pun anak jawa juga la. reti la kalau nk speaking jawa tu aku paham. klu tak paham, mak aku la sbg kamus rujukan. hihiii

so oleh sbb nenek hb aku tu vegetarian, aku pun pening jugak la nak masak ape, nak bg buah tgn ape. kebetulan masa adek ipar aku bertunang sabtu lepas, aku ada la buat dadih. pulak tu, nenek hb aku gemar la pulak. sedap katanya.

so aku dengan berbesar hati pun buat la dadih pas magrib tadi. satu paket tu dpt dlm 30 cups kot. entah aku main agak je malas nak kira. pas siap buat dadih, aku pun zapppp terus buat crepe durian. penat wooo. satu hari non stop buat keje termasuk keje opis. hihiii


ni ha dadihnya. akubuat perisa vanilla cokelat.

mak aku yg tolong tutup2 kan bekas tu. hehee.. mekacih makk :D

Crepe Durian Aku

Baru lepas siap buat crepe durian. aku ada jugak ubah2 resepi yg aku cedok kat blog Kak Ana. hihii.. then mak aku rasa crepe durian tu, katanya sedaaaaaaaaaap!

bila hubby balik keje, pas mandi2 semua, aku bg la dia makan crepe durian aku tu, LICIN sungguh pinggannya. komen : SEDAP katanya. alhamdulillah.

bila kita masak n tgk org yg makan makanan kita tu rasa hepi sgt. hihii.. lagi2 air tgn isteri kan. :p

ni ha gambo crepe durian aku. taklah begitu lawo mcm org lain  buat. 1st time buat kan, so comot2 jugak la. hik hik..



ni crepe durian aku tak comel mcm aku . 
takut sikit nak menggulungnya, kang koyak



tgk la ni pinggan mangkuk yg nk kene basuh. dushhh! hamek kau.


ape pun crepe durian ni sangat la senang dibuat dan lagi senang dimakan. hahaaa..



Crepe Durian

Tak sabarnya nak buat crepe durian mlm ni. hehe.. 

pasni balik keje nak menyopping bahan2 kat bakery shop. then mlm ni jugak nak membuat dadih utk Deepavali esok. nak buat sbg buah tangan utk nenek and atok suamiku. heh he..

resepi dadih tu aku cedok kat blog kak Ana-Suzana . ni festime membuatnya harap2 jadik la ye. 
nnt aku update aku punye crepe durian tu jadi ke tak.

before ni aku cedok resepi kek moist kak ana. menjadi sangat2. mak metua, hubby, mak kandung n kakak kandung pun kata sedap. anak buah pun suka. alhamdulillah hehee :D

Sunday, 11 November 2012

Adek Ipar Bertunang

Hari Sabtu yg lepas (10.11.12)  adek ipar aku yg comel loteh yang bernama Zerah (Ira) selamat bertunang dengan kekasih pilihan hati pengarang jantung dia yg bernama Zainorefee (agaknya kot spelling nama dia cmtu) . wahhh kelas kau skrg ni musim tunang-kawen lelagi cuti sekolah ni.

Sabtu hari tu aku tak sempat nak tolong pape kat umah metua aku. sebab aku keje. cuti dah takdek da hahaa.. sempat buat dadih perisa coklat n tembikai susu je. tu pun dapat bertubi2 pujian sedap katanya. heh heh.. ecelly ada dlm 1.5day tp dah hujung2 tahun cmni sayang la pulak nk habiskan cuti. kang nnt nk honeymoon bln 12 nnt ngan hb takde cuti pulak. kih kih.. :p

Kat bawah ni aku layangkan gambar2 sekitar majlis pertunangan si comel loteh bam2 :


                                               Ni la pengantinnya. comel mcm kakak iparnya.


 yg tengah tu mak mertua kesayangan.
 yg paling kanan tu adek ipar dia (Indian) 
so hubby aku tu ada darah2 india gitewww..


nampak tak blakang pengantin tu aku ngah dating ngan hb aku. hahaa 



 mcm sedap je kek ni. ingat kan utk belah pmpuan.rupanya utk laki. melepasssss



sebahagian dari hantaran2. bape dulang ntah aku pun tak tahu hehee.. 



 paling kiri, nenek suami aku (patty). yg tengah adek sepupu dia. 



haaa... tu diaaaa bakal pengantin. SEPADAN!! 


Friday, 9 November 2012

Blog Pertama Aku Follow

Ouchhh.

Korang nak tahu tak blog pertama yg aku follow blog siapa?
Meh sini aku nak habaq hang. 

Aku follow blog Blog Ana - Cahaya Cinta Ku . Aku sukaaaaaaaaa lah sgt baca blog kak ana tu.

SEBAB???????

1) Dia punya entry byk entry resepi. sesuaila ngan aku yg kuat makan dan kuat memasak

2) Suka tgk gambar2 yg dia postkan tu. lelagi gambar makanan. rasa nk amek n makan je pc aku ni. hihiii

3) Dia selalu post kan gambar2 anak2 dia. teringin nak ada baby yg hensem n lawo mcm anak2 kak ana. hik hik..


Aku big fan jugakla dgn blog kak ana tu. BEST!!

Macam mana aku blh terjumpa blog kak ana?

time tu aku teringinnnnnn sesangat nak makan n membuat kek cokelat moist. so aku google la resepi.
tup2 Mr. Google tu displaykan pulak resepi dari blog kak ana. terus aku cedok resepi dia.

Then start dari tu terus aku kerap menyinggah blog dia. hihiiii 

New Blog

Hi ! Salam Sabtuday.

Oleh sbb agak bosan jadi surirumah, so aku decide nak active balik membelog . hihii.. Ecelly, before this, aku dh ada blog tp ntah nape si Mr. Google tu remove aku punya blog. time tu rasa hampa sgt sbb byk giler entry yg aku dah buat. 

STRESS !! so akibat dari stress tu aku dah malas nak membelog. satu hal pulak time tu aku dah menggatal sgt nak kawen sampai tak terurus blog aku. hahaa!


Lagi pun skrg ni encik suami kerap balik malam. yelah,, rumah kat Banting, kerja nya di Subang. Even lalu highway SKVE tu cepat, tak sampai 50menet, so better beliau kerja buat obertime, cari duit untuk kasi aku makan byk2 . heheee. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...