Thursday 15 November 2012

Teringin Nak Ada Anak!!! :'(

Salam Jumaat,

Hari ni nak kongsikan pengalaman sambil nak meluahkan perasaan sambil nak membuat aduan.

Tarikh nikah : 23Jun2012 (Dalam pukul 11.30pagi) 
Masa tu bila dengar husband lafaz "Aku terima nikah dengan mas kahwinnya Tiga Ratus Ringgit Malaysia  TUNAI"... Terasa sebak sgt. mcm2 perasaan bercampur baur time tu. hehehee  ... time org2 masjid tu kata sah sah sah, aku pun mengada2 mengalirkan air mata. nape ntah aku pun tak tahu..

pastu kawen, kawen, kawen, sebulan pas kawen tu ade spotting sikit. time tu hati dah berdebar , ni mesti pegnen ni. cek doktor, pastu doktor suspek pegnen daripada spotting tu. so doktor bagi bende alah ni : 

FOLIC ACID

Doktor bagi stock untuk sebulan. habis je aku terus beli yang baru. time tu ,, baru aku sedar, makk aihhh berat badan meningkat!! so tetibe miss P pulak datang. so,, punah la harapan nak ade baby. entah ape bende yg spotting tu pun aku tak tahu, bila pikir2 seram jugak klu darah tetiba kuar. time tu risau klu rahim bermasalah

Seterusnya, bulan berikutnya, miss P jadi tak teratur. mybe sbb badan dah memberat sgt2. bygkan, baru beberapa bulan kawen berat badan naik 5kg. mmg patut aku menangis!! nak turunkan plak mmg payah giler! mcm ne nak dpt baby cmni :(

pastu beberapa hari nak raya, aku ditimpa bleeding lagi. BUKAN period okay. yg ni lagi teruk sikit. Bila bersama dengan hb, esok paginya atau time tu jugakla ada bleeding. hati dah terus tak sedap sgt2!!! time tu mmg dh menangis sbb takot aku berpenyakit. 

klu darah tu kuar time bersama, aku takde rasa sakit. even sakit perut atau sakit kat V pun takde. tp klu bleeding time keesokkan paginya, before bleeding, mesti perut tetiba rasa senggugut, tak lama tu , mesti darah kuar. ni bukan Period tau. ni darah ape bende pun aku tak tahu..


masalah berlarutan sampai la raya. dlm raya kelima camtu jenuh mencari klinik tapi malangnya klinik tutup. hati memberontak. nanges je time tu. aku nanges sbb aku takot aku ni berpenyakit. emmm :( 

puas mencari klinik kat Banting tu, last2 aku jumpa satu klinik . bantai je la g klinik tu.. doktor tanye ape masalah aku, aku luahkan je semuanya. pastu doktor tu kata aku ni KEGUGURAN lah pulak. time tu rasa sedih sgt2 :(

mana tak sedih, hb hari2 kata kat aku yg dia nak baby, nak baby...... semenjak dari tu, hb dh kurang ckp yg dia nk baby. (nk jaga perasaan wife lettew)

pastu start dari tu aku terus desperate n kemaruk sgt nak baby. tp sampai sekarang belum ada rezeki. aku tetap terus berdoa dgn doa nabi zakaria : "YA ALLAH, KAU KURNIAKANLAH KEPADAKU DARI SISI MU KETURUNAN&ZURIAT YG SOLEH & SOLEHAH, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENERIMA SEGALA PERMOHONAN" Amiinnn.. 

pastu aku google lagi cara nak tingkatkan kesuburan, aku google2 dapat la info pasal EPO. Aku terus makan EPO tu smpai skrg. sebenarnya, masa belum kawen, period aku tak regular, pastu aku makan EPO, bila period dh ok, aku terus tinggalkan EPO tu. tgk skrg , dah menyesal. hihiiii

nak tanya lah kat korang, penah tak alami perkara yg sama aku alami? blh tak share dgn aku, cmne nak dpt baby segera ni? hari2 dlm kepala otak setiap masa asek teringatkan nak ada anak je.... tolonglaaaaaaaa :(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...